TILAWAH
PELAJARAN 1 :
MEMOHON KEAMPUNAN
MEMOHON KEAMPUNAN
DAN RAHMAT DARI ALLAH
Firman Allah S.W.T :
Kedua-duanya ( Adam dan Hawa ) berkata : “ Wahai Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang yang rugi. ( SURAH
AL-A’ARAF : AYAT 23 )
LATAR
BELAKANG AYAT
Ayat lafaz penyesalan Nabi Adam dan Hawa memohon maaf atas perbuatan mereka kerana memakan buah khuldi larangan ALLAH SWT selepas diperdaya oleh Iblis hingga menyebabkan mereka dihukum keluar dari syurga dan turun ke dunia.
JENIS-JENIS ZALIM
1. ZALIM KEPADA ALLAH SWT
2. ZALIM TERHADAP DIRI SENDIRI
3. ZALIM
SESAMA MANUSIA.
4. ZALIM TERHADAP ALAM SEKITAR
KESAN BERBUAT ZALIM
1. DIRI SENDIRI
- Berdosa dan dimurkai ALLAH.
- Dibenci masyarakat.
2. MASYARAKAT
- Kejahatan berleluasa.
- Negara mundur.
- Rakyat tertindas.
3. ALAM SEKITAR
- Bencana
alam.
- Mengancam
kehidupan flora dan fauna.
MAKSUD KEAMPUNAN ALLAH SWT
Penghapusan dosa oleh ALLAH
SWT kepada hamba yang berdosa dan memohon taubat kepadanya.
LANGKAH-LANGKAH MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH
1-Mengaku kesalahan.
2-Menyesal atas apa yang dilakukan.
3-Berazam dan berjanji tidak ulangi.
4-Tidak berputus asa.
5-Bertaubat.
CARA MENDAPAT RAHMAT ALLAH S.W.T
1-Berlaku
adil terhadap orang lain.
2-Ikhlas
bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukan.
3-Melaksanakan
ibadat dengan ikhlas dan sempurna.
4-Membelanjakan harta di jalan
ALLAH semasa senang ataupun susah.
5-Berkasih sayang sesama
anggota keluarga dan masyarakat.
PENGAJARAN AYAT
1. Mengaku kesalahan dan menyesali dosa yang telah dilakukan ialah sifat terpuji.
2. Orang yang beriman wajib mencontohi taubat yang dilakukan oleh Nabi Adam.
3. Orang yang beriman hendaklah berwaspada dengan godaan syaitan.
4. Keampunan suatu rahmat Allah kepada hambaNya.
Harrah's Las Vegas Hotel & Casino - Mapyro
ReplyDeleteGet directions, reviews and information for Harrah's 태백 출장샵 Las Vegas Hotel & Casino in Las Vegas, NV. 부천 출장마사지 Harrah's Las Vegas is set 경기도 출장샵 on the Las Vegas Strip 제천 출장마사지 and is home 문경 출장마사지 to two