Tuesday, 21 February 2012


PELAJARAN 17: SIRAH DAN TAMADUN ISLAM 

KEUNGGULAN PERJUANGAN 
TOKOH-TOKOH ISLAM

UNIT 1:
SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA
PUTERI RASULULLAH SWT

BIODATA SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA

NAMA  :  Fatimah binti Muhammad
KETURUNAN  :  Quraisy. Puteri bongsu Rasulullah
TARIKH LAHIR  :  20 Jamadilakhir 605M ( 5 tahun sebelum Nabi Muhammad
                                     terima wahyu).
TEMPAT LAHIR  :  Makkah Al-Mukkaramah.
TARIKH WAFAT  :  4 Jamadilawal 11H(28 tahun)(6bulan selepas Nabi wafat).
GELARAN  :  AZ-Zahra’(putih berseri)
NAMA SUAMI  :   Ali b.Ali Talib.
NAMA ANAK  :  Hassan, hussin, zainab
MAKAM  :  Al-baqi’,Madinah.

SIFAT MULIA SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRA

1SABAR HADAPI MUSIBAH KEMATIAN KELUARGA
- Sabar menghadapi kematian ibunya Saidatina Khadijah.
Sabar menghadapi kematian kakaknya Ruqaiyyah, Zainab dan Umi Kalthum.
Mengambil tempat ibunya untuk menjaga Rasulullah.
Sabar menghadapi kematian ayahandanya Rasulullah orang yang paling disayangi.

2. MENTAATI AYAHANDANYA
Menjaga Rasulullah selepas kematian ibunya.
Menjaga makan minum Ayahandanya seperti ibunya sehingga mendapat panggilan 
  timangan ” Ummu Abiha ” ( Ibu kepada Ayahnya ).
Beliau tidak berkahwin sehingga Ayahandanya berrkahwin dengan Siti Aisyah.
Walaupun Mahar yang diberikan tidak mahal, beliau mentaati keputusan 
 ayahandanya.

3. REDHA MENGHADAPI KESUSAHAN
Sering kekurangan makanan hingga nabi mendoakan kesejahteraannya di akhirat 
  kelak.

4. TAAT PADA SUAMI
Setia kepada suami
Menjaga maruah sebagai isteri.
Membantu suaminya melakukan kerja-kerja harian seperti menumbuk gandum, 
   menguli tepung dan membakar roti.
Tidak pernah engkar suruhan suami
Menyokong perjuangan dakwah suami.

5. KEJAYAAN MENDIDIK ANAK
Hassan, Hussin dan Zainab tidak pernah membantah dan menderhaka.
Hassan dan Hassin dipilih Allah sebagai ‘Ketua Pemuda Ahli syurga’.
Zainab seorang pejuang dan sasterawan Islam pada zamannya.
Ramai keturunan beliau menjadi ulama’ dan tokoh ilmuwan Islam sehingga akhir 
  zaman.

6. TIDAK BERBANGGA WALAUPUN ANAK RASULULLAH SWT.
Beliau tidak pernah sombong walaupun beliau anak Rasulullah yang memimpin
   negara Madinah. Antara bukti beliau memiliki sifat mulia tersebut ialah :
Beliau tidak tamak menggunakan harta Baitul Mal untuk kegunaan peribadi.
Beliau tidak mendesak Rasulullah memberi khadam walaupun hidupnya susah.
Beliau sangup menerima tetamu daripada anak yatim, orang miskin dan tawanan
  perang. Beliau dan suaminya sanggup menahan lapar kerana menghidangkan
  makanan kepada tetamu.

7.  BERTANGGUNGJAWAB SEMASA AYAHANDANYA SAKIT

Sentiasa berada disamping Rasulullah ketika sakit.
Amat mengambil berat terhadap ayahandanya dengan merawat dan menjaga makan 
  minumnya.
Ketika berumur 10 tahun, beliau membersihkan kepala dan belakang Rasulullah 
   yang berlumuran najis kerana dilontarkan oleh musyrikin Quraisy ketika baginda
   sedang sujud berdekatan kaabah.


SUMBANGAN

Pendorong semasa Nabi menerima tentangan daripada Musyrikin Quraisy di Mekah.
Sentiasa membantu semasa Rasulullah SAW berdakwah.
Membantu suaminya berdakwah dan bersiap ke medan perang.
Bersama wanita islam lain merawat tentera islam semasa Perang Uhud
Menyediakan makanan untuk tentera islam semasa Perang Khandaq.   


FAEDAH MENCONTOHI SIFAT MULIA SAIDITINA FATIMAH
ANAK SOLEH
Diredai Allah SWT
Direstui ibu bapa
Hidup diberkati
Maruah ibu bapa terpelihara
Hidup ibu bapa semasa tua terjamin

ISTERI YANG TAAT
Rumah tangga aman bahagia
Menjadi motivasi dalam kerjaya suami
Menjadi contoh kepada masyarakat
Dirahmati dan dikasihi Allah SWT
Disegani dan dihormati masyarakat

IBU PENYAYANG
Anak mendapat kasih sayang sepenuhnya
Anak mendapat didikan sempurna
Lahir anak yang soleh
Anak akan memberi syafaat pada hari akhirat atas didikan yang diberikan

No comments:

Post a Comment