TILAWAH
PELAJARAN 3 :
PELAJARAN 3 :
MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH SWT
FIRMAN ALLAH S.W.T SURAH AL-A’ARAF : 179
MAKSUDNYA :
Dan sesungguhnya Kami telah menyediakan untuk Neraka Jahannam sebilangan besar daripada jin dan manusia, iaitu mereka yang mempunyai hati tetapi mereka tidak menggunakannya untuk berfikir, mempunyai mata tetapi tidak menggunakannya untuk melihat, mempunyai telinga tetapi mereka tidak menggunakannya untuk mendengar. Mereka sama seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah golongan yang lalai.
3.1 4 NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT
AKAL
HATI
MATA
TELINGA
3.2 4 NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT DAN FUNGSINYA
1. MATA
- Melihat kejadian Tuhan sebagai bukti kekuasaanNya.
- Mengawal pandangan daripada
perkara yang dilarangan ALLAH SWT.
2. TELINGA
-Mendengar perkara yang memberi manfaat dan kebaikan.
3. AKAL
-Berfikir mengenai kekuasaan dan keesaan ALLAH SWT.
-Membezakan perkara yang baik dan buruk.
4. HATI
- Yakin dan beriman kepadaNya.
- Mengawal hati daripada tunduk kepada hasutan syaitan HATI.
3.3 CONTOH PENYALAHGUNAAN NIKMAT ALLAH SWT
1.AKAL
•Berfikir ingin membuat
kerosakan dan kemungkaran.
2.HATI
•Lalai mengingati ALLAH SWT dan
tidak suka muhasabah diri.
3.MATA
•Melihat perkara yang haram.
4.TELINGA
•Mendengar perkara yang
haram(fitnah).
3.4 AKIBAT PENYALAHGUNAAN MATA,TELINGA,HATI DAN AKAL
- Mudah terpengaruh dengan
unsur negatif.
- Hati menjadi keras hingga
sukar dinasihati.
- Kehidupan tidak berdisiplin.
- Dibenci masyarakat.
- Susah menerima kebenaran.
- Bertindak mengikut hawa
nafsu.
- Sanggup berbuat zalim.
- Diazab ALLAH SWT di akhirat.
3.5 CIRI-CIRI AHLI SYURGA
- Melaksanakan rukun Islam dengan sempurna.
- Menjadikan
syariat sebagai panduan hdup.
- Mengambil peringatan mengenai dosa dan takut azab ALLAH SWT.
- Yakin
kebesaran dan kekuasaanNYA dengan melihat keunikan alam.
- Sentiasa mengingati dan menyebut nama ALLAH.
- Menggunakan kemahiran
membina tamadun berasaskan Islam.
3.6 CIRI-CIRI AHLI NERAKA
- Mengabaikan Rukun Islam.
- Mengenepikan syariat.
- Tidak mengambil peringatan
dan tidak takut
azab ALLAH SWT.
-Tidak mengambil iktibar daripada keunikan alam.
-Lalai mengingati ALLAH SWT.
- Menggunakan kemahiran
melalui kerosakan.
3.7 PENGAJARAN AYAT
- Penglihatan,
pendengaran, akal dan hati ialah nikmat anugerah Allah yang tidak ternilai.
- Orang
yang merenung dan berfikir tentang kejadian alam semakin bertambah keimanan mereka
kepada Allah.
- Penyalahgunaan
nikmat penglihatan dan pendengaran membawa kesesatan.
- Manusia mestilah berusaha menghindar diri daripada neraka.
No comments:
Post a Comment