Tuesday, 21 February 2012


TILAWAH
PELAJARAN 1 : 
MEMOHON KEAMPUNAN
DAN RAHMAT DARI ALLAH

Firman Allah S.W.T :
Kedua-duanya ( Adam dan Hawa ) berkata : “ Wahai Tuhan kami! Kami telah menzalimi diri sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kaminescaya kami termasuk orang yang rugi. ( SURAH AL-A’ARAF : AYAT 23 )

LATAR BELAKANG AYAT
Ayat lafaz penyesalan Nabi Adam dan Hawa memohon maaf atas perbuatan mereka kerana memakan buah khuldi larangan ALLAH SWT selepas diperdaya oleh Iblis hingga menyebabkan mereka dihukum keluar dari syurga dan turun ke dunia.

JENIS-JENIS ZALIM

1. ZALIM KEPADA ALLAH SWT
2.   ZALIM TERHADAP DIRI SENDIRI
      3. ZALIM SESAMA MANUSIA.
4. ZALIM TERHADAP ALAM SEKITAR


KESAN BERBUAT ZALIM
1. DIRI SENDIRI
- Berdosa dan dimurkai ALLAH.
- Dibenci masyarakat.
2. MASYARAKAT
- Kejahatan berleluasa.
- Negara mundur.
- Rakyat tertindas.
3. ALAM SEKITAR
- Bencana alam.
- Mengancam kehidupan flora dan fauna.



MAKSUD KEAMPUNAN ALLAH SWT
   Penghapusan dosa oleh ALLAH SWT kepada hamba yang berdosa dan memohon taubat kepadanya.


LANGKAH-LANGKAH MEMOHON KEAMPUNAN ALLAH
1-Mengaku kesalahan.
2-Menyesal atas apa yang dilakukan.
3-Berazam dan berjanji tidak ulangi.
4-Tidak berputus asa.
5-Bertaubat.

CARA MENDAPAT RAHMAT ALLAH S.W.T
1-Berlaku adil terhadap orang lain.
2-Ikhlas bertaubat dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukan.
3-Melaksanakan ibadat dengan ikhlas dan sempurna.
4-Membelanjakan harta di jalan ALLAH semasa senang ataupun susah.
5-Berkasih sayang sesama anggota keluarga dan masyarakat.

PENGAJARAN AYAT
1. Mengaku kesalahan  dan menyesali dosa yang telah dilakukan ialah sifat terpuji.
2. Orang yang beriman wajib mencontohi taubat yang dilakukan oleh Nabi Adam.
3. Orang yang beriman hendaklah berwaspada dengan godaan syaitan.
4. Keampunan suatu rahmat Allah kepada hambaNya.




1 comment:

  1. Harrah's Las Vegas Hotel & Casino - Mapyro
    Get directions, reviews and information for Harrah's 태백 출장샵 Las Vegas Hotel & Casino in Las Vegas, NV. 부천 출장마사지 Harrah's Las Vegas is set 경기도 출장샵 on the Las Vegas Strip 제천 출장마사지 and is home 문경 출장마사지 to two

    ReplyDelete